ajal itu rahsia Allah

innalillahirajiunn....kematian itu rahsia Allah..apabila tiba masanya tidak akan lambat atau cepat walau sesaat...aku baru mendapat berita jiran sekampung serta rakan sepermainan masa kecik dulu meninggal dunia disebabkan kes langgar lari...takdir Allah menentukan bapa dan anak perempuannya meninggal pada waktu yg hampir sama dan di tempat sama...

kasih ayah sampai ke syurga...allahyarham (cik din) menjemput anaknya yg pulang dari bekerja di pekan kahang...tanpa diduga dengan menunggang motorsikal yg kurang sempurna itu menyebabkan mereka dilanggar kenderaan lain...lebih menyedihkan mayat mereka dibiar bergelimpangan terbiar di atas jalan..

apa yang aku perasan sehari sebelum kejadian~~~
mak esah merupakan isteri kpd cik din...sehari sebelum kejadian kami berbual-bual di warung dek kerana menunggu bas yg selalu mungkir janjinya....apa yang aku perasaan, mak esah tak ceria seperti selalu...memang aku dpt rasakan dengan kuat perilaku itu...selain itu, pagi kejadian mak esa sibuk membeli barangan dapur....katanya 'xcukup barang yg beli kt kahang semalam, hari ni beli lg...ni ada dua ekor ayam xpotong lg, nk makan ramai2....kan nk raye...' masih sempat dia bergurau seperti turut menyambut  tahun baru cina....

bila aku ingat balik perihal pelik mak esah tu..semua itu rahsia Allah..Ya Allah kau kuatkanlah mak esa sekeluarga menerima takdirmu...berilah mereka kekuatan untuk terus menjadi hambamu yg soleh dan solehah..bersama-sama dia sedekahkan Al-fatihah buat mereka...moga ditempatkan bersama orang yg soleh dan solehah...aamiin..

Comments