si penggali kubur



Abah aku merupakan penggali kubur di kg aku ni…menggali kubur ini merupakan pekerjaan sampingan abah utk mendptkn sedikit upah disamping memenuhi tuntutan fardhu kifayah umat islam….menjadi antara org yg terawal diumumkan perihal kematian seseorang telah menjadi kebiasaan bg kami sekeluarga…tatkala suara memberi salam pd pg dinihari atau pd malam mengundang teka-teki kami pasti  berita yg dibawa adalah kematian slh seorang  penduduk kg kami…


Seringkali org berhenti di rumah kami bertanyakan perihal siapa yg menghadap ilahi menjadi slh satu tugas tambahan aku serta keluarga…apabila ahli waris meminta menggali kubur bg si mati, tugas pertama abah adalah memanggil rakan seangkatan dgn beliau utk turut sama berganding bahu menyediakan penginapan baru bg si mati. 

Hayunan cangkul yg silih berganti memang memerlukan kerahan keringat ke tahap maksimum…cuba bayangkan kedalaman 6 kaki bukanlah satu tugas yg mudah...tetapi  penggali kubur tetap setia menggalas tanggungjawab…
Tetapi yg menjadi kemusykilan aku adalah…setiap kematian yg berlaku pasti org yg sama ke hadapan menunaikan kewajipan ini…jarang2 sekali untuk lihat ahli keluarga si mati turut membantu menyediakan rumah di dlm tanah ini….mungkin bukan kebiasaan bg mereka…

Dari apa yg dilihat, tugas penggali kubur adalah satu pekerjaan yg perlu dipandang mulia…bukan semua org mampu memikul tugas ini apabila diperlukan..pernah semasa di sekolah, adik aku balik dengan tangisan…rupanya kawan di sekolah mengejek dia sebagai ank penggali kubur…yela budak2 mana la tahu ap2…tp kalaulah diorang tahu yg pekerjaan itu teramat mulia disisi SANG PENCIPTA~~~……

Comments